ReviewReviewReviewReview" The Life Cycle Of A Photographer " Apr 24, '07 3:16 AM
for everyone
Category:Other

ADAPUN dikalangan jurufoto atau jurugambar bukan jurukamera, masih lagi keliru tentang pembahagian fasa-fasa jurufoto. Izinkanlah saya menerang sedikit pemahaman berkenaan " The Life Cycle Of A Photographer "

Ianya terbahagi kepada lima fasa berbeza.


Fasa 1 - The Beginner
Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.

Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.

Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.

Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.

Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".


Fasa 2 - The Amateur

Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.

Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.

Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.

Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum"


Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional

Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".

Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos Mark II atau seangkatan mampu dimiliki.

Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.

Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.

Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.

Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.


Fasa 4 - Professional / Small Master

Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.

Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".

Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.

Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.

Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".

Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.

Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.

Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.

bersambung...

ReviewReviewReviewTarikh SIbuk Perkahwinan.Mar 22, '07 10:00 AM
for everyone
Category:Other
Berikut adalah sabuah artikel mengenai majlis perkahwinan untuk panduan
anda:

Tarikh Sibuk Perkahwinan

Memang sejak sekian lama, majlis perkahwinan biasanya akan diadakan
pada hari sabtu dan ahad dalam cuti persekolahan. Ini bertujuan
untuk memudahkan saudara mara yang datang dari jauh.

Namun, pada ketika ini, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, majlis
perkahwinan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah,
nampaknya bukanlah satu waktu yang paling ideal untuk melangsungkan
majlis perkahwinan.

Terdapat beberapa kelemahan pada majlis yang
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah. Antaranya
ialah:

1) Pemberi perkhidmatan seperti jurugambar, katerer dan
jurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Ini
kerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan.

2) Adalah teramat sukar untuk mendapat perkhidmatan
profesional pada tarikh ini sekiranya anda membuat tempahan kurang
dari sebulan dari tarikh berkenaan.

3) Anda mungkin akan dapat seorang juruvideo walau menempah
agak lambat, tetapi, biasanya, juruvideo yang baik sudah ditempah
jauh lebih awal. Jadi, anda cuma mendapat juruvideo yang kurang
berkualiti. Begitu juga keadaannya dengan pemberi khidmat
profesional yang lain.

4) Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidak
dapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencari
jurugambar gantian pada tarikh tersebut.

5) Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yang
ketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dan
keletihan.

Misalnya, saya pernah menghadapi keadaan dimana,
pengantin terpaksa dimekap pada pukul 2 petang untuk majlis akad
nikah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Ini kerana,
jurumekap tersebut terpaksa membuat mekap untuk pengantin lain pula
di tempat lain.

6) Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan pada
tarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis anda
kerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.

Demikianlah beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti di
sepanjang karier saya sebagai jurugambar perkahwinan, sekiranya
majlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di dalam cuti
persekolahan.

Pertimbangkanlah tarikh yang terbaik untuk anda dengan mengambil kira
faktor-faktor lain juga.

Written By : Hasnuddin Abu Samah.(Adan Impresif)

Category:Other

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin

Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti
memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis
hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional
akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh
mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu
lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah
anda belanjakan?

Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik
berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak
maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang
bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan
pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama.
Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan
kepada seluruh proses selepas ini.

Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik
pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda
yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah
tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda
sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.

Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya
mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak
akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa
faktor penting yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang
dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan
kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?

Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang
masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang
mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah
yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang
pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan
terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan
ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan
dapat dirakam dengan sempurna.

Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis
perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada
orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada
majlis perkahwinan anda, iaitu - bergembira!

Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas
pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar
sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.
Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan
kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa
turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, "tetamu kehormat
sedang menunggu" atau "lepas bersanding nanti kita bergambar".
Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan
menjelaskan, "harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana
anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan
jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan
kelihatan letih dan sudah hilang seri." Sayang sekali jika saat
penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar
hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.

Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda
boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit
latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk
senyum. Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan
lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan
ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar
nanti. Anda juga perlu berlatih untuk 'posing'. Rujuk majalah untuk
mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah
menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.

Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil
masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini
termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan
sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin
kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda
disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan
memberi kesan kepada kualiti gambar anda.

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help